Tuesday 28 August 2012

ESEI JENIS – JENIS TERAPI DALAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING


 ESEI : 

Tugas membimbing adalah tanggungjawab bersama kerana setiap orang berperanan melaksanakan tugas nasihat menasihati antara satu sama lain dalam usaha mencari kebahagian dan kejayaan hidup. Terdapat banyak cara dalam membantu dan membimbing orang manusia. Antaranya memberi nasihat, membimbing, kaunseling dan mungkin melalui proses psikoterapi. Konsep-konsep membimbing ini wajar di fahami kerana melalui kefahaman, pembimbing dapat memainkan peranan masing-masing sama ada sebagai penasihat, pembimbing, kaunselor berdasarkan keupayaan masing-masing.
            Dalam surah Al-Asr ayat 1-3, Allah S.W.T berfirman, “demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran.
            Terapi dalam bimbingan dan kaunseling berdasarkan bahawa manusia mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk perkembangan kan diri mereka. Manakala ciri dalam sistem sekolah pula merupakan satu proses yang berterusan, bersifat pendidikan, berdasarkan pada tingkah laku dan menyedari konsep kendiri dan peranan klien yang mempunyai hak untuk memilih. Justeru itu, fokus utama terapi dalam bimbingan dan kaunseling ialah berdasarkan prinsip harga diri individu adalah paling mutlak, setiap individu adalah unik, sikap dan persepsi kendiri individu ialah asas di mana seorang individu bertindak.  Prinsip lain ialah Individu – individu bekerja untuk meningkatkan konsep kendiri mereka. Seterusnya ialah individu – individu mempunyai kebolehan dalaman untuk belajar dan boleh di bantu untuk membuat keputusan yang akan membawa mereka kepada proses arah kendiri. Hal ini juga akan membuatkan mereka lebih serasi dengan persekitaran mereka. Prinsip terakhir terapi dalam bimbingan dan kaunseling ialah individu – individu memerlukan proses bantuan bimbingan daripada peringkat perkembangan kanak-kanak kepada peringkat dewasa.
           Terapi dalam bimbingan dan kaunseling mesti dijalankan berdasarkan amalan terbaik bimbingan dan kaunseling. Setiap individu mungkin pada masa tertentu memerlukan maklumat dan bantuan kendiri yang hanya boleh diberikan oleh seorang kaunselor profesional yang cekap. Kebimbangan utama proses bimbingan dan kaunseling ialah bagaimana individu – individu berfungsi di dalam persekitaran sosial mereka. Justeru, tujuan utama ialah untuk menolong individu – individu untuk menjadi manusia seimbang dan mencapai potensi mereka. Kesimpulannya, bimbingan dan kaunseling membolehkan seseorang untuk menjadi individu integrasi dan mencapai potensinya dengan sepenuhnya. Jika dibimbing dengan baik setiap individu boleh mencapai potensi optimumnya. Untuk mencapai tujuan yang murni ini terapi dalam bimbingan dan kaunseling merangkumi jenis – jenis terapi seperti berikut terapi perkembangan, terapi pencegahan, terapi pemulihan dan terapi intervensi krisis. 


RAJAH 1 : JENIS - JENIS TERAPI

 RAJAH 2 : TERAPI PERKEMBANGAN

            Jenis terapi pertama ialah terapi perkembangan yang Pendekatan ini merupakan satu usaha untuk mengenal pasti keperluan murid di alam persekolahan supaya mereka dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, pengalaman serta akhlak yang mulia. Tugas dan perlakuan pembelajaran dikenal pasti dan dijelaskan kepada murid. Kemudian aktiviti bimbingan dirancang untuk melengkapi kurikulum akademik. Murid diberi peluang untuk belajar mengenali diri mereka dan orang lain sebelum timbul masalah dalam hidup mereka contohnya taklimat persediaan menghadapi peperiksaan dan ceramah motivasi. Perkembangan bimbingan merujuk kepada program-program yang direka untuk meningkatkan fungsi dan perkembangan potensi individu dan kumpulan yang sihat. Fokus pendekatan  ini adalah untuk membantu murid-murid memperolehi pertumbuhan peribadi yang positif menerusi pelbagai peringkat dalam kehidupan mereka. Bimbingan merangkumi  kompetensi murid atau hasil yang perlu dicapai bagi setiap daripada tiga domain perkembangan, iaitu, akademik, kerjaya dan peribadi/sosial. Adakah anda tahu apakah keperluan perkembangan bimbingan bagi murid-murid ? Ianya adalah seperti berikut :

Tahap sekolah
Perkembangan Akademik
Perkembangan Kerjaya
Perkembangan Peribadi/Sosial
1
Murid-murid perlu dibantu dalam perkembangan berikut:
·      Kemahiran asas yang mereka perlukan untuk berjaya di sekolah (3M)
·      Menjelaskan bagaimana mereka belajar sesuatu, bagaimana mereka mengingat kembali maklumat, dan bagaimana mereka merancang untuk menyelesaikan tugasan.
·      Keupayaan untuk mengenalpasti situasi di mana pembelajaran  adalah mudah atau sukar
Murid-murid perlu dibantu dalam perkembangan berikut:
·      Kebolehan untuk menjelaskan pekerjaan di pelbagai latar, jenis pekerjaan dalam ahli keluarga,.
·      Kebolehan untuk menjelaskan apa yang mereka suka lakukan dan bagaimana mereka berubah dari tahun ke tahun
·      Kesedaran tentang perbezaan antara rakan sebaya dan diri mereka.
·      Kesedaran tentang kemahiran yang mereka ada
Murid-murid perlu dibantu dalam perkembangan berikut:
·      Kesedaran kendiri, keyakinan dan kompetensi
·      Kemahiran dalam menjelaskan perhubungan dan proses dalam menjalin dan mengekalkan persahabatan
·      Gambaran positif tentang attribut dan keunikan kualiti bagi diri sendiri dan orang lain.
·      Tanggungjawab terhadap tugasan di rumah, sekolah dan penjagaan diri serta hak milik
2
Murid-murid perlu dibantu dalam perkembangan berikut:
·      Strategi yang membantu murid belajar  seperti mengambil nota, mengamalkan kemahiran mengingat, menetapkan matlamat dan  bersedia untuk ujian
·      Memahami bagaimana pembelajaran berlaku secara berbeza terhadap individu yang berbeza dan bagaimana ianya berlaku serentak di dalam dan di luar sekolah.
·      Kebolehan untuk mengaplikasi kemahiran berbeza bagi matapelajaran dan latar sekolah   yang berbeza
·      Kebolehan untuk menghuraikan perkara yang dipelajari berkaitan diri mereka dengan mengambil ujian
Murid-murid perlu dibantu dalam perkembangan berikut:
·      Pengiktirafan terhadap pilihan yang dibuat oleh  manusia terhadap pekerjaan serta peranan lain dalam hidup mereka
·      Kebolehan untuk menghuraikan pekerjaan yang dilakukan oleh lelaki dan perempuan, dan hubungan antara minat dan keupayaan untuk bekerja
·      Kebolehan untuk  menjelaskan bagaimana kehidupan mereka pada masa akan datang
Murid-murid perlu dibantu dalam perkembangan berikut:
·      Menjelaskan tentang diri mereka, kekuatan
 mereka
·      Mengena lpasti akibat daripada tindakan mereka ke atas orang lain dan adanya kesan dari pilihan tersebut
·      Memahami bagaimana trait berkembang
·      Keupayaan untuk melahirkan penghargaan kepada orang lain di atas kualiti diri mereka yang unik
·      Keupayaan untuk mengetahui bila  perubahan mungkin atau tidak mungkin berlaku
·      Keupayaan untuk mengenal pasti dan melahirkan perasaan dalam adab yang diterima

Ciri-ciri perkembangan bimbingan adalah seperti berikut iaitu merupakan usaha jangka panjang, berbentuk kumulatif ( terkumpul ), ia juga tertumpu kepada perkembangan individu secara menyeluruh dan ia juga menekankan tugasan kes individu, perundingan, koordinasi, memprogram, kaunseling dan kerja kumpulan. Berbagai teknik dapat digunakan dalam pendekatan ini seperti mengajar, tukar informasi, bermain peran, melatih, tutorial dan kaunseling. Di dalam pendekatan perkembangan, keterampilan dan pengalaman belajar yang menjadi kebutuhan anak didik akan dirumuskan ke dalam suatu kurikulum bimbingan (guidance curriculum). Pendekatan perkembangan bertolak dari pemikiran bahawa perkembangan yang sihat akan berlangsung dalam interaksi yang sihat antara anak didik dengan lingkungannya. Kemahiran – kemahiran yang meliputi dalam satu program terapi perkembangan hasil pembelajaran murid – murid dalam tiga bidang iaitu perkembangan kendiri atau sosial, perkembangan pendidikan dan perkembangan kerjaya. Kemahiran – kemahiran ini boleh dicapai melalui mod – mod seperti pengajaran bilik darjah, kaedah bimbingan kumpulan dan program atau projek. Guru – guru bimbingan dan kaunseling boleh menggunakan pelbagai alatan penilaian pencapaian untuk mengukur tahap kejayaan murid – murid yang terlibat dalam terapi perkembangan. Antaranya ialah hasil pembelajaran perkembangan yang berintergrasi dan berperingkat, penilaian yang berdasarkan proses – proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, resos – resos profesional dan pendidikan pos sekolah menengah dan bahan – bahan dan program – program yang berkaitan dengan kerjaya.  

RAJAH 3 : TERAPI PENCEGAHAN

            Terapi pencegahan pula terapi kedua yang berasaskan andaian bahawa satu-satu masalah itu mungkin timbul dan sebelum masalah itu meruncing, usaha dijalankan untuk menghalangnya. Misalnya, kempen dan pendidikan pencegahan AIDS, taklimat persediaan menghadapi peperiksaan, ceramah motivasi dan kem waja diri. Pencegahan adalah berkaitan dengan kemahiran mengenal pasti apa yang diperlukan sekarang  atau yang diperlukan pada masa akan datang serta cara memperolehi kemahiran tersebut. Tujuannya adalah untuk menangani masalah pada masa depan dan untuk dialih bagi mencegahnya  dengan menyediakan individu atau kumpulan kemahiran yang diperlukan  atau dengan menghasilkan perubahan di persekitaran.  Usaha mencegah berlaku sebelum sesuatu masalah dikenal pasti. Pencegahan hanya berlaku apabila usaha dilakukan bagi memastikan masalah kecil tidak menjadi semakin serius. Usaha bagi mencegah kesukaran belajar mempunyai matlamat iaitu mengelakkan sepenuhnya dari masalah.
            Bimbingan pencegahan menekankan jangkaan masalah akan datang dan menyediakan maklumat dan latihan kemahiran yang perlu bagi mencegah masalah yang mungkin timbul. Pencegahan selalunya proaktif, iaitu langkah permulaan, jangkaan, menghadapinya secara aktif dan sasaran adalah ditumpukan kepada satu kumpulan besar manusia bukan secara individu, dalam menjangka masalah kehidupan yang melemahkan. Sasaran kumpulan terhadap program pencegahan secara amnya dianggap berisiko, atau mudah dipengaruhi dan kadang kala mengalami keadaan kecelaruan dalam jangka masa terdekat. Objektif utama  adalah untuk menyampaikan aktiviti-aktiviti dan program-program yang boleh mencegah atau sekurang-kurangnya dapat meminimakan insiden kecelaruan terhadap populasi yang berisiko ini. Sebagai contoh, program pencegahan penagihan dadah untuk murid-murid di sekolah rendah.
            Kaunselor bimbingan melibatkan diri dalam satu program bimbingan dan kerjaya pencegahan komprehensif dengan menggunakan strategi – strategi seperti intervensi awal dan memberikan respon dengan serta merta kepada murid – murid yang sedang menghadapi masalah atau krisis yang mengganggu pembelajaran mereka. Namun untuk mencapai matlamat – matlamat terapi pencegahan, seseorang kaunselor perlu menggunakan strategi –strategi berikut pula iaitu menyediakan maklumat lengkap mengenai masalah – masalah yang dihadapi oelh klien. Strategi lain pula ialah bimbingan dan kaunseling individu dan kumpulan serta konsultasi dengan guru – guru lain dan ibu bapa dan juga merekomodasikan masalah klien kepada pakar – pakar lain dan ibu bapa. Sesetengah daripada alat penilaian pencapaian yang digunakan oleh ahli –ahli kaunselor dalam terapi pencegahan pada tahp rendah, menengah dan peringkat pra-universiti termasuk penilaian individu, aktiviti-aktiviti pembelajaran sokongan yang dikordinasikan oleh murid – murid dan juga perancangan sistematik dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Bagi murid – murid yang menghadapi masalah akademik dan masalah penyesuaian yang serius, kaunselor bimbingan perlu menggunakan terapi pemulihan untuk membantu mereka.

RAJAH 4 : TERAPI PEMULIHAN

            Terapi ketiga pula jenis Pemulihan. Terapi bimbingan pemulihan ialah satu integrasi strategi bimbingan dan kaunseling dengan aktiviti bilik darjah. Tujuan utama terapi pemulihan ialah untuk menggunakan teknik – teknik bimbingan dan kaunseling untuk membantu murid – murid yang mempunyai masalah dalam proses pendidikan dan  akan memberi fokus kepada kekurangan atau masalah yang dapat dikenal pasti dari semasa ke semasa. Langkah mengatasi dijalankan dengan harapan murid mengubah perlakuan untuk mengelakkan berlaku peristiwa krisis. Misalnya murid ponteng sekolah, merokok, melawan guru atau berkelahi. Mereka dikumpulkan untuk mengikuti sesi kaunseling kelompok atau menghadiri kaunseling individu. Tujuan sampingannya ialah untuk mengurangkan masalah pendidikan antara murid – murid adan sekolah.
            Pemulihan adalah satu proses yang diapplikasikan selepas penemuan  masalah yang bertujuan untuk mendorong modifikasikan tingkah laku yang bermasalah.  Terapi ini bergantung kepada diagnosis lengkap dan kajian terhadap individu dan masalahnya, diikuti dengan membuat keputusan apakah bentuk kejadian yang dapat memperkukuhkan tingkah laku yang dikehendaki dan  memansuhkan tingkah laku yang tidak dikehendaki. Murid-murid yang tidak boleh berfungsi semasa berada dalam keadaan sekolah yang normal boleh dibantu untuk memodifikasikan tingkah lakunya melalui penggunaan teknik-teknik tertentu supaya dapat kembali ke bilik darjah normal.
          Pemulihan adalah menyediakan perkhidmatan kepada murid-murid yang menghadapi masalah yang spesifik. Rekabentuk program pemulihan memfokuskan cara menggalakkan murid-murid  membuat pilihan yang sihat dan bersesuaian  serta berkebolehan untuk menggunakan strategi yang berkesan.  Guru pembimbing menggunakan  pendekatan pendidikan pemulihan  terhadap murid-murid yang belum berkembang atau mendemonstrasikan kemahiran  membuat pilihan yang sihat dan untuk mereka yang memerlukan bantuan dalam menangani situasi yang sukar.
        Terdapat beberapa sokongan pendidikan oleh ahli –ahlu kaunselor dalam proses terapi pemulihan di antaranya ialah merancang aktiviti –aktiviti kelab, menstrukturkan trancangan pengajaran untuk meningkatkan pencapaian murid dan pengajaran pemulihan. Pengajaran pemulihan biasa digunakan dalam bimbingan ini dan ia merupakan satu jenis pengajaran yang berbeza daripada pengajaran biasa dari perspektif – perspektif seperti tugasan – tugasan kendiri, penggunaan masa individu dan sesi – sesi bimbingan dan kaunseling dan juga sebelum seorang murid dinilai sebagai mempunyai pencapaian akademik yang rendah, dia mesti dibberikan peluang untuk melibatkan diri dalam pengajran pemulihan. Pengajran pemulihan boleh dijalankan sama ada dalam masa sisitem persekolahn ataupun di luar masa persekolahan.
            Aspek – aspek penting yang lain yang diliputi dalam proses terapi [pemulihan ialah membekalkan kemahiran belajar, menyiasat dan menyemak kehadiran murid –murid ke sekolah, meningkatkan ilmu kendiri, membincang kemungkinan untuk pendidikan masa depan dan membincangkan profesion, kerjaya dan kehidupan bekerja.  Dalam membimbing murid – murid yang lemah dalam bidang akademik, kaunselor mesti mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan doktor, ibi bapa atau pakar – pakar pendidikn yang dapat menyumbang kepada penyelesaian spesifik yang dihadapi oleh murid – murid sekolah.

 RAJAH 5 : TERAPI INTERVENSI KRISIS

         Terapi terakhir ialah terapi intervensi Krisis yang mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan segera dari guru bimbingan dan kaunseling serta pihak pentadbir sekolah. Misalnya, murid yang bergaduh di sekolah, mengalami histeria, menangis dengan tiba-tiba, cuba membunuh diri, menggunakan dadah atau yang sedang mengalami peristiwa cemas seperti kematian anggota keluarga, penceraian ibu bapa dan penderaan.
     Guru pembimbing juga terlibat dalam perhubungan berorientasikan krisis  dengan murid-murid dan keadaan ini mengukuhkan  proses permulaan yang terus dirujuk kepada mereka yang profesional dan agensi-agensi lain di dalam komuniti. Pendekatan krisis selalunya berbentuk arahan dan berorientasikan tindakan. Apabila murid-murid menghadapi krisis, guru pembimbing tidak mempunyai masa yang banyak untuk membenarkan murid-murid membuat refleksi-kendiri, penerokaan dalaman terhadap persepsi dan aspek tumpuan.
            Biasanya murid-murid yang dilanda krisis memerlukan panduan, dan sehingga mereka berada dalam keadaan stabil serta selamat maka mereka dianggap bertanggungjawab untuk membuat keputusan. Tanggungjawab ini datang secara beransur-ansur, setelah pelan tindakan awal diperkukuhkan dan murid-murid telah mengalami kejayaan peringkat awal. Terapi intervensi krisis dalam bimbingan dan kaunseling juga memandu seorang kaunselor untuk menolong klien – klien untukmengendalikan situasi – situasi kritikal atau kejadian – kejadian yang belaku dalam kehidupan. Sebuah krisis didefinisikan sebagai satu situasi atau kejadian di mana seorang individu rasa tertekan atau mempunyai maslah menyesuaiakan diri dalam sesuatu situasi.
            Sebuah krisis mungkin disebabkan oleh kejadian seperti kematian ahli keluarga, kehilangan pekerjaan atau penamatan sesuatu perhubungan persahabatan. Pada masa ini, seseorang individu akan mengalami pelbagai perasaan dan setiap individu  mempunyai respon yang berbeza kepada sesuatu krisis. Adalah biasa untuk murid – murid merasai takut, bimbing atau sedih pada masa yang sama. Kebanyakkan guru – guru bimbingan mendapati bahawa murid – murid yang mempunyai krisis mental mungkin menunjukkan ciri – ciri berikut iaitu tidak boleh menyebut perkataan dengan tepat, todak boleh menyusun perkataan untuk membina ayat dengan tepat, membaca dengan kadar lambat, tidak boleh membaca langsung dan jangkamasa penumpuan perhatian murid – murid semasa guru mengajar adalah terlalu singkat.
            Oleh itu, guru –guru bimbingan dan kaunseling perlu bersedia menghadapi krisis di kalangan murid – murid sekolah. Ahli – ahli kaunselor perlu menyediakan sokongan dan bimbingan kepada individu – individu atau kepada kumpulan – kumpulan seperti keluarga atau komuniti semasa sesuatu krisis. Tujuan – tujuan utama terapi intervensi krisis seperti mengurangkan kesakitan emosi, menentukan bahawa individu dalam krisis rasa selamat dam membantu satu rancangan untuk mengendalikan krisis tersebut. Kemahiran, maklumat dan perkhidmatan sokongan yang diperolehi daripada terapi intervensi krisis kaunseling juga boleh membantu seseorang atau satu kumpulan individu untuk meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup mereka. Justeru itu, kaunseling krisis dan intervensi sangat berguna dan perlu dalam sesuatu krisis.
            Dalam terapi intervensi krisis ini mrnggunakan sembilan langkah iaitu yang pertama ialah pendidikan. Seorang kaunselor krisis yang efektif akan membekalkan pendidikan melalui maklumat, aktiviti dan struktur yang akan menolong seorang individu untuk memilih dan bergerak daripada krisis.langkah kedua ialah pemerhatian dan kesedaran. Satu lagi fungsi spesifik kaunselor ialah untuk meningkatkan tahap pemerhatian dan kesedaran individu. Hal ini akan membawa pilihan kepada individu untuk menggalak proses pemulihan semula. Langkah ketiga ialah menggunakan potensi individu. Kaunselor akan membimbing murid – murid untuk memahami bahawa setiap krisis memberi satu peluang untuk pertumbuhan kendiri. Justeru, adalah penting bagi mereka untuk memahami supaya menggunakan sesuatau krisis untuk menemui potensi tertinggi kendiri. Langkah keempat pula ialah memahami masalah. Kaunselor akan membantu klien –klien untuk memahami cara –cara yang pailing penting dalam menyelesaikan masalah peribadi dengan resos – resos dan kebolekan yang ada semasa sesuatu krisis berlaku. Langkah kelima adalah mewujudkan struktur yang berkaitan. Kaunselor akan membantu individu menjadi aktif dalam cara –cara untuk menamatkan sesuatu krisis. Langkah yang keenam ialah mencabar kepercayaan yang tidak rasional. Kaunselor akan menyakinkan murid –muid untuk menenrima kenyatan bahawa krisis ialah masa kesedihan dan cara mereka respon adalah penting. Murid murid akan merasa yakin jika mereka dapat mengatasi masalah, kegelisahan mereka akan hilang. Langkah ketujuh ialah menghapukan tingkah laku adiktif. Kaunselor boleh menasihati individu yang setengah masalah krisis adalah hasil daripada adiksi. Mereka juga boleh menasihati klien supaya tidak melibatkan diri dalam kegiatan dadah, minum arak atau pun pengaruh – pengaruh negatif yang lain. Langkah kelapan pula ialah mencipta penggantungan sementara. Kaunselor boleh membimbing individu – individu untuk membentuk perhubungan ringkas dengan orang lain untuk mendapat sokongan. Penggantungan sihat ini hanya sementara dan boleh menolong mereka untuk berkonsi kepedihan dan kesakitan mereka. Langkah yang terakhir ialah menghadpai ketakutan dan kesakitan emosi. Dalam langkah akhir, kaunselor akan mengingkatkan klien bahawa menghadapi kesakitan emosi ialah respon yang paling sihat semasa sesuatu krisis berlaku. 
Kesimpulanya, perkataan kaunseling mempunyai pelbagai erti mengikut pendekatan individu yang mempraktikkannya tetapi inti pati tugas seorang kaunselor terhadap kliennya sama ada dari kelompok kecil atau individu yang bermasalah dan memerlukan bantuan adalah sama-sama memikirkan cara penyelesaian kesulitan dan kekusutan yang dialami seterusnya memilih alternatif-alternatif yang sesuai dan dengan bantuan kaunselor mereka melaksanakan jalan penyelesaian yang dipilih.
Kesediaan kaunselor dan  klien mahupun situasi dan tempat untuk  memulakan sesi kaunseling adalah penting untuk memastikan kaunseling dapat berjalan dengan lancar. Dalam hal ini kaunselor seharusnya  bijak meyakinkan kliennya bahawa dia benar-benar bersedia dan bersungguh-sungguh ingin membantunya dan mengambil berat masalah yang dibawa, secara jujur dan ikhlas sama ada dinyatakan secara lisan atau gerak tubuh di samping menyediakan fasiliti yang sesuai dalam memulakan sesi kaunseling.
Penstrukturan sesi kaunseling perlu dilaksanakan agar masa yang diperuntukkan kepada klien dapat digunakan sepenuhnya dengan topik perbincangan yang relevan dengan pokok perbincangan yang dibawa. Penstrukturan ini juga perlu dijelaskan peranan kaunselor sebagai fasilitator dan klien yang dapat menerima dan membuat pilihan alternatif berpaksikan matlamatnya bertemu dengan kaunselor di mana kaunselor bertindak berdasarkan etika kaunseling secara professional.
Matlamat sesi pertama adalah penting bagi klien membina kepercayaannya kepada kaunselor yang akan sentiasa memerhatikan segala apa yang dilakukan oleh klien semasa perbincangan tersebut di mana matlamat utamanya adalah mengasaskan satu hubungan yang baik, supaya perbincangan selanjutnya akan lebih mudah dan mesra.
Penjelasan di atas menunjukkan bahawa proses kaunseling merupakan satu proses yang berterusan dan melalui fasa-fasa tertentu apabila wujud persetujuan dan kata sepakat  antara kaunselor dan klien yang membolehkan pelaksanaan proses tersebut berjalan seterusnya. Walau bagaimanapun, persetujuan ini boleh berubah-ubah mengikut keadaan masa dan juga kehendak klien sendiri dan boleh ditamatkan apabila klien telah memperoleh jalan penyelesaian berdasarkan beberapa alternatif terhadap pokok perbincangan yang dibawa kepada kaunselor. Proses kaunseling juga boleh diberhentikan segera, sekiranya kaunselor mendapati tiada jalan lain untuk membantu klien dan lazimnya ia akan merujuk kepada pakar lain untuk meneruskan proses tersebut yang gagal dilaksanakan dengan sempurna. Biar bagaimana sekalipun proses ini patut ditamatkan seharusnya kaunselor bertindak secara bijaksana dan professional agar semua pihak yang terlibat dalam pertemuan ini berpuas hati.

 Hasil nukilan oleh :
Roddiaahtul Binti Awang
DPLI MT/PM
IPG TUANKU BAINUN, P.PINANG




No comments:

Post a Comment